Pencegahan
CARA PENCEGAHAN KANSER KOLON
Kanser Yang Paling Boleh Dicegah Dengan Saringan14
Ujian penyaringan dapat mengurangkan kejadian dan kematian daripada kanser kolon melalui pengesanan dan pencegahan awal. Namun, adalah penting untuk mengenali bahawa kemungkinan terjadinya kanser kolorektum meningkat dengan usia, sejarah keluarga, dan faktor risiko tertentu yang boleh diubah suai, termasuk merokok, pengambilan alkohol berlebihan, dan obesiti.15
Berikut adalah petua yang boleh dijadikan panduan untuk merendahkan risiko. Mulakan dengan satu atau dua petua dan bertambah kemudian.
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
PETUA 1
DAPATKAN PENYARINGAN AWAL
Penyaringan dapat membantu pengesanan awal kanser atau sel pra-kanser pada individu yang tidak mengalami gejala kanser. Ujian penyaringan juga dapat menemui dan menyingkirkan pertumbuhan pra-kanser (polip) pada kolon atau rektum.16
Polip: boleh berubah menjadi sel kanser
PETUA 2
Amalkan
GAYA HIDUP YANG SIHAT
Berhenti merokok
Berhenti merokok dapat merendahkan risiko kanser kolon.17
Berat Badan
Mengekalkan berat badan yang optimum dapat merendahkan risiko kanser kolon.18
Senaman Yang Kerap
Melakukan senaman dengan kerap membantu merendahkan risiko kanser kolon.18
PETUA 3
Manfaat
PEMAKANAN YANG SIHAT
Apakah yang patut anda makan lebih?18
Bijiran penuh dan serat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Apakah yang patut anda makan kurang?18
Daging merah, alkohol, makanan terproses.