MENGENALI
Apa itu
Kanser Kolon?
Kanser Kolorektum ialah kanser pada kolon atau rektum. Kolon ialah usus besar. Pertumbuhan tidak normal yang dikenali polip dapat bertumbuh di kawasan ini, di mana sesetengah daripadanya mungkin menjadi kanser seiring berlalunya masa.7 Ujian penyaringan mengesan dan menyingkirkan polip sebelum ianya menjadi kanser, membolehkan pengesanan awal dan rawatan yang lebih berkesan.
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT, BOLEH DIATASI
Faktor Tidak Boleh Ubah Suai
- Usia 50 ke atas8
- Sejarah kanser kolon dalam keluarga8
- Sejarah pertumbuhan bukan kanser (polip) pada kolon8
- Sejarah penyakit inflamatori usus seperti penyakit Crohn atau kolitis ulseratif9
Faktor Gaya Hidup10
- Merokok
- Terlampau berat atau obesiti
- Kurang senaman yang kerap
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Diet daging merah yang tinggi
- Diet terproses yang tinggi (seperti minuman ringan, kerepek, aiskrim, sup dalam paket, nuget ayam, hotdog, kentang goreng)
- Diet kekurangan kandungan serat
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
BERITA BAIK!
MITOS LAWAN FAKTA
Mitos #1
Kanser kolon hanya dihidapi golongan berusia.
Walaupun kanser kolon lebih ketara pada orang dewasa yang berusia, ianya boleh terjadi pada mana-mana golongan. Majoriti kes kanser kolon terjadi dalam golongan berusia 50 ke atas, tetapi terdapat trend meningkat dalam golongan yang lebih muda.8, 9
Mitos #2
Kanser kolon hanyalah penyakit lelaki.
Kanser kolon boleh terjadi pada wanita dan lelaki. Namun, ianya lebih ketara pada golongan lelaki. Saringan yang tetap dan pengamalan gaya hidup sihat adalah penting untuk semua, tanpa mengira jantina, untuk mencegah dan mengesan kanser dengan lebih awal.8
Mitos #3
Kanser kolon tidak membimbangkan sekiranya anda tidak berisiko.
Peningkatan usia merupakan satu faktor terjadinya kanser kolon. Secara umumnya, faktor yang tidak boleh diubah suai termasuk usia 50 tahun ke atas, sejarah keluarga bagi kanser kolon, sejarah pertumbuhan bukan kanser (polip) di dalam kolon, dan sejarah penyakit keradangan usus, seperti penyakit Crohn atau kolitis ulseratif.8
Mitos #4
Kanser kolon selalunya diwarisi secara keturunan.
Kebanyakan kanser kolon terjadi secara rawak tanpa sejarah keluarga. Namun, individu dengan sejarah keluarga kanser kolon tahap pertama mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolon.8
Mitos #5
Kanser didiagnose semata-mata berdasarkan gejala.
Kanser kolon boleh terjadi daripada prekursor yang dikenali sebagai polip yang sedia wujud bertahun-tahun tanpa gejala. Oleh yang demikian, saringan yang kerap disarankan kepada individu yang telah mencapai usia 50 tahun atau lebih awal jika terdapat faktor risiko.8
Mitos #6
Kanser kolon pasti meragut nyawa.
Kanser kolon merupakan penyakit yang boleh dirawat dan selalunya dapat disembuhkan, terutamanya jika didiagnos pada peringkat awal. Dengan kemajuan perawatan, semakin ramai penyakit terselamat daripada kanser kolon berbanding sebelum ini.11
Mitos #7
Kanser kolon tidak boleh dicegah.
Kanser kolon merupakan salah satu kanser yang boleh dicegah dengan paling mudah. Ujian saringan dapat mengesan polip pra-kanser agar disingkirkan sebelum ianya bertukar menjadi kanser. Perubahan gaya hidup seperti amalan diet yang sihat dan senaman yang kerap dapat merendahkan risiko untuk menghidap kanser.12
Bagaimana Anda Mengetahui Sama Ada
ANDA BERKEMUNGKINAN MENGHIDAP KANSER KOLON?
Gejala-gejala ini mungkin berkaitan dengan kanser kolon.7 Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, anda patut berbincang dengan doktor mengenainya.
Darah pada najis
Perubahan tabiat buang air besar (kekerapan, konsistensi dan bentuk)
Keletihan kronik
Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas
Ketidakselesaan atau sakit perut
Sembelit atau cirit-birit kronik
Jika Anda Memerlukan Bantuan
mintalah bantuan daripada orang lain!
Persatuan Survivor Kanser Kolorektum Malaysia (CORUM), kumpulan sokongan untuk individu terselamat kanser kolon di Malaysia, berdedikasi untuk menyediakan sumber, advokasi dan penglibatan komuniti. Tumpuan mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran, menawarkan sokongan, dan meningkatkan kualiti hidup bagi individu terselamat.13
SERTAI KAMI DALAM
BULAN KESEDARAN KANSER KOLON
Bulan Kesedaran Kanser Kolon bermula pada tahun 2000 dan berlangsung pada bulan Mac setiap tahun. Ini berdedikasi untuk memupuk pencegahan, pengesanan awal, dan pendidikan bagi memerangi kanser kolon. Kegiatan sepanjang bulan tersebut termasuk pendidikan, penyaringan, dan usaha pencapaian yang bertujuan memerangi kanser, meningkatkan kadar kelangsungan hidup, dan menekankan kepentingan merendahkan risiko dan menjalani pemeriksaan berkala. Kegiatan ini juga dianjurkan oleh persatuan tempatan: Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia (MSGH) dan Persatuan Pakar Bedah Kolorektum Malaysia (MSCRS). Mari kita bersama-sama membuat perbezaan yang bermakna dan menyelamatkan nyawa.