Skor Saringan Kanser Kolon Asia Pasifik (APCS) merupakan soal selidik penilaian kendiri.3 Ianya direka bentuk untuk membantu anda mengenal pasti faktor risiko anda dan memberikan panduan segera bagi kategori risiko dan langkah-langkah susulan. Walau bagaimanapun, sila berikan perhatian bahawa ianya bukan diagnosis yang sah mahupun syor pakar. Untuk maklumat dan nasihat lebih lanjut, anda harus merujuk kepada doktor.