JENIS SARINGAN #1

DAPATKAN KOLONOSKOPI

Apa yang perlu anda tahu tentang Kolonoskopi?

Kolonoskopi adalah piawai emas terunggul bagi saringan kanser kolon. Prosedur kolonoskopi melibatkan pemeriksaan kolon dan rektum pesakit melalui dubur untuk mengesan perubahan seperti tisu yang bengkak, ulser, polip atau kanser dengan menggunakan skop. Kolonoskop merupakan tuib panjang, kecil dan fleksibel yang dilengkapi dengan lampu serta kamera halus pada hujungnya. Pesakit akan dibius semasa menjalani kolonoskopi.22

Apakah persediaan sebelum menjalani kolonoskopi?

Sebelum prosedur berkenaan, pembersihan usus dilakukan sebagai penyediaan usus bagi kolonoskopi. Langkah ini bertujuan memastikan doktor dapat melihat dengan jelas lapisan kolon anda agar tidak terlepas pandang sebarang polip atau ketidaknormalan lain.

Ikuti dengan teliti arahan yang diberikan untuk penyediaan usus bagi kolonskopi

  • Habiskan kursus penyediaan pembersihan usus yang telah ditetapkan oleh doktor anda23
  • Minum banyak air24
  • Elakkan makan sayur-sayuran dan makanan tinggi serat.24
  • Berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur25

Penyediaan usus yang betul memastikan kolon anda bersih, membolehkan endoskopsis untuk mengenal pasti luka kecil dan polip yang mungkin terlepas dengan penyediaan yang tidak mencukupi.26

Berapa kerap kolonoskopi perlu dilakukan?

Kolonoskopi disarankan dilakukan setiap 10 tahun bagi golongan yang tidak berisiko kanser kolorektum yang tinggi. Untuk nasihat perubatan yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.27

BOLEH DICEGAH, BOLEH DIRAWAT & BOLEH DIATASI

Penilaian Kendiri
Semak

FAKTOR RISIKO Anda

Untuk menentukan kaedah saringan yang terbaik, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pembekal penjagaan kesihatan anda dan lengkapkan soal selidik saringan untuk menilai faktor risiko dan pilihan anda. Akhirnya, perkara yang paling penting adalah untuk menjalani penyaringan kanser kolon secara berkala untuk mengesan dan mencegahnya dengan lebih awal.

Meninjau

JENIS SARINGAN LAIN

Ujian Darah Okult Najis Imunokimia (iFOBT)

JANGAN BERLENGAH LAGI, SARINGLAH SEGERA UNTUK PENCEGAHAN!